Tuesday, November 17, 2009

Majlis Jamuan Akhir Tahun 6

Pada 10 November 2009 seluruh pelajar tahun 6 telah sepakat mengadakan jamuan sebagai tanda terima kasih dan mengakhiri zaman sekolah rendah.

Persediaan yang dilakukan oleh murid tahun 6.


Guru lelaki yang hadir

Guru dan kakitangan yang turut hadir

Puan guru besar menyampaikan pesanan kepada para pelajar.

Para guru mengambil hidangan untuk dinikmati


Para pelajar juga tidak lepas peluan mengambil jaudah untuk dinikmati

Pemaufakatan

Pada 10 November 2009 pihak pengurusan telah mengadakan perjumpaan dengan waris (jemputan untuk semua waris) bagi menerangkan program semasa cuti sekolah. Antara penyampai maklumat adalah Puan Guru Besar, Penolong kanan pentadbiran dan Penolong kanan HEM



Pesanan dari puan guru besar
sebahagian dari waris yang hadir
Kaum ibu nampak tidak mahu ketinggalan turut hadir

Kaum bapa yang turut hadir

Penerangan dari PK Pentadbiran.

Saturday, November 14, 2009

PETAH BERPIDATO....
14.11.2009...... Kanak-kanak adalah antara golongan sering mencuri perhatian umum terutama mereka yang mampu menonjolkan bakat tersendiri.Petah dan bijak berkata-kata menjadikan seseorang kanak-kanak lebih mudah didekati,malah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Sehubungan itu,satu pertandingan pidato disertai kanak-kanak diadakan di Putrajaya,baru-baru ini bagi mencungkil bakat terpendam mereka yang berkebolehan.Pertandingan berkenaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bukan saja dimeriahkan dengan gaya pemidato malah turut diserikan dengan persembahan kebudayaan yang menghiburkan........Kelihatan peserta dari Sek.Keb.Bandar Baharu ( Mohd Akram Syukri Mohd Zaini,Naib Johan Kategori Bahasa Melayu,2 dari kanan ) bersama hadiah kemenangan.....Tahniah diucapkan...


Tuesday, November 3, 2009

3.11.2009....... AKTIVITI SEPANJANG BULAN OKTOBER
RAPTAI HARI GRADUASI PRA SEKOLAH





PAMERAN BUKU SEMPENA MINGGU BAHASA..



PROGRAM LEPAS UPSR....PERTANDINGAN REKA CIPTA





CERAMAH PERSEDIAAN KE SEKOLAH
MENENGAH...



TEKNIK MENJAWAP SOALAN TAHUN 5..

PERHIMPUNAN MINGGU BAHASA...








TENAGA PENGAJAR/STAF SKBB TAHUN 2009

Sunday, October 18, 2009

18.10.2009........PERTANDINGAN PIDATO KANAK-KANAK ZON UTARA
PIALA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA...

Pada 8.10.2009 telah diadakan Pertandingan Pidato Kanak-Kanak Zon Utara,
Piala YAB Perdana Menteri Malaysia di SKBB.SKBB telah diwakili oleh Adik
Shahrul Akmal Jamaluddin ,Mohd.Akram Syukri Mohd Zaini (Pidato Bahasa
Melayu) dan Nazmi Mhd Asrar (Pidato Bahasa Inggeris ) Pemenang pada hari
itu akan mewakili Zon Utara pada pertandingan yang akan diadakan
di Putrajaya. Wakil dari SKBB telah menunjukkan kehebatan mereka dengan
menjadi Johan Pidato Bahasa Melayu ( Mohd Shahrul Akmal Jamaluddin )
Naib Johan Pidato Bahasa Melayu ( Mohd Akram Syukri Mohd Zaini ) dan
Naib Johan Pidato Bahasa Inggeris( Nazmi Mhd Asrar ).Mohd Shahrul Akmal
akan mewakili Zon Utara Pidato Bahasa Melayu. Pihak sekolah serta semua guru
mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka.Semoga mereka akan terus
mengharumkan nama SKBB. SYABAS..........
Kehadiran Guru Besar menjadi pendorong kepada
peserta dari SKBB..

Johan dan Naib Johan Pidato Bahasa Melayu

Wajah Naib Johan Pidato Bahasa Melayu
Mohd Akram Syukri Mohd Zaini


Johan Pidato Bahasa Melayu Kanak-kanak
Zon Utara

Nazmi Mhd Asrar menyampaikan Pidato Bahasa Inggeris
(Naib Johan)




18 Oktober 2009...... Seperti tahun-tahun sebelumnya,aktiviti RIMUP antara SKBB dan
SJKC Kwang Hwa diadakan seperti biasa.Antara aktiviti yang diadakan
ialah sambutan Hari Guru.Murid dari SJKC Kwang Hwa telah dijemput
bersama memeriahkan acara tersebut.Mereka telah mempersembahkan
Tarian Kipas untuk tatapan bersama. Ceramah kecemerlangan Bahasa
Inggeris telah disampaikan oleh En.Sivanasvaran a/l Nadeson ( Guru
SK.Bagan Serai,Perak ).Semoga program ini diteruskan sebagai agenda
tahunan yang dapat merapatkan hubungan perpaduan kaum selaras
dengan slogan 1 Malaysia............

RAKYAT DIDAHULUKAN...
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....

Ceramah Kecemerlangan Bahasa Inggeris..
Murid RIMUP membuat tugasan bersama...

Ala canggung...ala canggung...

Aktiviti sukaneka....

Bergambar bersama selepas aktiviti RIMUP...





Monday, October 12, 2009

GAMBAR GURU SKBB...TAHUN 2007
Bawah dari kiri..Pn.Mariam(pindah),Pn.Zarina,Pn.Junaidah,En.Ahmad Sobri(PK 1),Pn.Nor Asiah(GB),Pn.Asiah( pindah)
Pn.Johariah(PKKK),Pn.Faridah(kerani),Pn.Hjh.Puziah,Pn.Mazlina.
Tengah dar kiri..Pn.Haniza(PPM),Pn.Norazi,Pn.Rahmah,Pn.Zahrah,Pn.Salmi,Pn.Norashikien,Pn.Hjh.Balkis,Pn.Norakma,
Pn.Hjh.Norhapipah,Pn.Amilia,Pn.Suraya,Pn.Roqiyah,Pn.Faridah,Pn.Umi,Pn.Zamizi,Cik Ain.
Atas dari kiri..Pn.Hanita,Pn.Hafni(pindah),En.Zahidi(pindah),En.Mansor,Allahyarham En.Abd.Rasyid,Tn.Hj.Tajuddin,En.Nadzri,
En.Khairuddin(PKHEM),En.Kizzon,En.Ruzawa,En.Ibrahim.

Selaras dengan arahan daripada Sektor Pendidikan Islam Dan Moral JPN KEDAH...SKBB telah melaksanakan ....KEM AKIL BALIGH TAHUN 6.......pada 1,6 dan 7 Oktober 2009.... Kem ini melibatkan semua murid Tahun 6 dan telah diberi pendedahan berkaitan fardu ain...umpamanya berwuduk,tayammum,solat jenazah,bersuci dan juga mandi wajib.Semua murid telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kem berjalan.Tahniah dan terima kasih kepada GPI/j-QAF serta semua guru diatas kerjasama serta sokongan anda.

sessi pembentangan..
Berwuduk ialah.....

Perbincangan dalam LDK..

Beginilah kesungguhan murid...tahniah kepada anda..

Persediaan awal.......





KEMERIAHAN AIDIL FITRI MASIH TERASA.....
12 Oktober 2009.....Satu sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah diadakan pada
30.9.2009.Semua murid berpakaian baju raya,menunjukkan suasana Aidil
Fitri masih terasa walaupun sudah seminggu berlalu....murid dijamu dengan
bihun dan kuih raya yang dibawa oleh murid-murid.Semoga program ini
akan dijadikan program tahunan SKBB .........
Makan...jangan tak makan....
Murid berbaris mengambil makanan....

Amboi.....asyiknya dia.....


Bihun diedar kepada semua murid..


Guru-guru juga tidak melepaskan peluang menjamu selera..
Rasalah kuih tu...sedap tau..



PENGUASA TUBUH BADAN

" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .