Sunday, January 24, 2010

Pada 21.1.2010 ,jam 8.00 pagi telah dijalankan acara Merentas Desa.Acara yang melalui Jalan Tebuk Mat Rashid,Bandar Baharu sejauh lebih kurang 4 kilometer telah disertai oleh 194 peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2.Sebanyak 6 kategori telah dibahagikan meliputi Tahun 4L,4P,5L,5P,6L dan 6P.Pemenang dipilih berdasarkan tempat pertama hingga sepuluh bagi setiap kategori.Peserta telah dilepaskan oleh Pn.Nor Asiah bt.Abd Galim PCK,Guru Besar SKBB,En.Ahmad Sobri bin Ishak ( PK1) dan En.Khir Hadi bin Ahmad ( YDP PIBG ).Acara ini tamat pada jam 10.15 tanpa berlaku sebarang masalah.Terima kasih diucapkan kepada Pn.Guru Besar,Penolong-penolong Kanan serta semua guru dan staf SKBB kerana telah memberikan kerjasama dan bantuan yang tidak berbelah bagi bagi memastikan acara ini berjalan dengan lancar.Tidak lupa jua diucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pihak Pusat Kesihatan Serdang,IPK Serdang,Balai Polis Bandar Baharu dan PIBG yang turut sama membantu menjayakan acara ini.TERIMA KASIH...

Kuat lagi...

Sokongan kuat dari NYDP PIBG
( En.Jahari Said )

Petugas Check Point 3..
Cikgu Junaidah dan Cikgu Naziah


Bila nak sampai ni.........



Bersedia untuk dilepaskan oleh Pn.Guru Besar





24.1.2010........... Ke garisan....sedia.....lari..
Kejohanan olahraga SKBB Kali Ke 50 Tahun ini akan diadakan pada 7.2.2010
Latihan rumah sukan giat dijalankan oleh guru rumah sukan untuk
memastikan rumah sukan masing-masing terus mengungguli temasya sukan
tersebut.

LATIHAN RUMAH SUKAN
Aku mesti menang....

Sapa dapat nombor 1 ni...


Sedang menunggu giliran untuk melompat..



Calon Olahragawati....




Kita mesti atur elok-elok....kita johan tahun ini..






PENGUASA TUBUH BADAN

" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .