AL-QURAN MENJANA GENERASI KHAIRUL UMMAH......
Pages
Guru Dan Staf SKBB
Guru Dan Staf Skbb Slideshow: GURU’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
INFO SKBB
AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :
Saturday, October 30, 2010
30.10.2010.......AL-QURAN KALAM ALLAH..Bertempat di dewan terbuka Sek.Keb.Bandar Baharu,telah berlangsung Majlis Graduasi Khatam Al-Quran pada 28.10.2010 ( Khamis ).Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.Seramai 128 orang murid SKBB yang terdiri dari murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang telah berjaya Khatam Al-Quran melalui Program j-QAF yang bermula Tahun 2005 di SKBB terlibat dalam majlis ini.Majlis diserikan dengan kehadiran waris dan tetamu jemputan iaitu Penyelia Pendidikan Islam,Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu,Ustaz Mohamad Razif .Peserta Khatam Al-Quran telah diiringi dengan paluan kompang menuju ke pentas utama.Majlis Graduasi Khatam Al-Quran berakhir dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat.
Thursday, October 14, 2010
14.10.2010....Selaras dengan arahan dari JPN Kedah dan PPDKBB.maka Panitia Pendidikan Islam/j-QAF SKBB telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan KEM AKIL BALIGH untuk Tahun 6 bagi Tahun 2010.Kem yang bermula 3.10.2010 hingga 5.10.2010 telah mendapat kerjasama yang baik dari semua murid Tahun 6 dan juga dari Guru-guru SKBB.Sebanyak 5 LDK telah dibentangkan oleh fasilitator yang terdiri daripada Guru-guru GPI dan juga j-QAF.Semoga ilmu yang disampaikan akan memberi manfaat kepada semua peserta sebagai persediaan bagi menghadapi alam remaja yang semakin mencabar.....
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA DAN
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.....
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.....
Monday, October 11, 2010
1 BAHASA...1 BANGSA...1 NEGARA
11.10.2010... Bulan Bahasa Kebangsaan ( BBK ) bertujuan memantapkan,memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa Kebangsaan. Sehubungan dengan itu,SKBB dengan tunjangnya Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 dengan penuh gemilang.Sambutan tersebut diadakan di Dewan Terbuka SKBB pada Hari Ahad (10.10.2010 ) bermula jam 7.45 pagi.Sambutan yang penuh ceria itu telah disempurnakan oleh Pn.Hajjah Junainah Bt.Sidek,Guru Besar SKBB dengan disaksikan oleh seluruh warga sekolah dan diceriakan lagi dengan kehadiran murid-murid SKBB.Antara pengisian program Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan kali ini ialah Nyanyian Lagu Negaraku,diikuti oleh nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa.Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan persembahan Sajak,membaca buku cerita yang disampaikan oleh murid Pra-sekolah,Pidato,Bercerita,Berbalas pantun,Pantun 2 kerat dan syair.Manakala pada penutup acara ialah nyanyian Lagu Kurik Kundi dengan diiringi oleh tarian dari murid-murid Tahun 5......
AKHIRNYA...MARILAH SAMA -SAMA KITA HAYATI LIRIK SENIKATA LAGU BAHASA JIWA BANGSA...
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Gambar Kenangan Sepanjang BBK
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGUASA TUBUH BADAN
" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .