Monday, June 15, 2009

amali solat pafa tahun 6




























telok bahang

Boleh dikatakan setiap tahun sekolah telah mengadakan kem motivasi khasnya kepad para pelajar tahun 6. Ini adalah salah satu dari program bagi meningkatkan pencapaian upsr. Pada tahun ini sekali lagi Telok Bahang telah menjadi pilihan. Kem telah diadakan selama 3 hari 2 malam dari 27 Mac hingga 29 Mac 2009. Seramai pelajar telah terlibat.

Para peserta sedang menjamu selera sambil berbual-bual.
Sesi mendengar ceramah motivasi dari motivetor, nampak mendengar dengar kusyuk.

Para peserta sudah tidak sabar untuk balik dan bertemu ahli keluarga untuk bercerita pengalaman masing-masing.





Majlis Tadarus Al Quran

Pertandingan telah diadakan di SK Sungai Kechil Ulu pada 22 Mac 2009.






Latihan Dalam Perkhidmatan

Latihan telah diadakan pada 18 April 2009

















Rancangan Integrasi Murid.

Pada tahun sambutan hari guru telah diadakan secara bersama dengan beberapa orang murid dan guru dari SJKC Kwang Hwa Bandar Baharu (iaitu jiran). Telah diadakan pelbagai aktiviti secara keterlibat secara bersama.














Setelah penat, guru dan murid dijamu sebagai tanda terima kasih atas kerjasama.






















Sunday, June 14, 2009

PENDIDIKAN KHAS















SKBB mendapat kelulusan membuka kelas Pendidikan Khas (masalah pembelajaran) mulai tahun 2008. Kelas ini telah dikendalikan oleh Cikgu Mazlan Othman yang sememang berpengalaman dalam bidang ini. Setelah beliau ditempatkan di SKBB beliau telah berusaha untuk mendapatkan murid bagi kelasnya. Sehinggakan urusan perakuan dari pihak kesihatanpun beliau uruskan. Almaklumlah ibubapa yang mempunyai anak dalam dikategorikan ini sukar untuk mengetengahkan anak mereka. Syabas cikgu Mazlan. Kini bilangan guru juga telah bertambah dari seorang telah meningkat kepada 3 orang dan seorang PPM. Tapi yang seronoknya murid hanya 8 orang.

KELETAH MURID

SKBB mempunyai 2 kelas pra. Kelas ini telah dimulakan dari tahun 2003 hingga hari ini. Tapi pada tahun 2003 itu hanya sebuah sahaja kelas pra. Oleh kerana permintaan bertambah maka pad atahun 2003 telah dijadikan dua kelas hingga hari ini.


Beginilah gelagat murid-murid pra 2009



Sambutan hari jadi bagi bebebrapa orang pelajar pra. Berebut nak tiup lilin dan makan kek.

Falsafah SKBB

Bersepadu ke arah pencapaian bermutu.
Mentaati tatasusila profesion perguruan.
Memahami bahawa manusia boleh dididik.
Memahami alam sekitar mempengaruhi prestasi.
Segala usaha ditumpukan kepada murid.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MISI DAN VISI

Visi

Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu akan menjadi antara lima (5) sekolah terbaik di daerah Kulim Bandar Baharu menjelang tahun 2010.

Misi

Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu akan berusaha:
- memimpin dan mengurus pentadbiran sekolah dengan berkesan.
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
- Membentuk pelajar yang bersahsiah mulia.
- Mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif.
- Menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa dan komuniti.

Saturday, June 13, 2009

PENCAPAIAN SKBB

Puan GB sedang menyampaikan maklumat ringkas mengenai upsr dan meluahkan rasa hatinya.Antara pelajar yang mendapat 5A pada tahun ini

Ini pula pelajar yang mendapat 4A 1B

Ini pula gambar kenangan bersama Pn. Mariyam yang akan berpindah ke Jitra. Semoga dapat berbakti ditempat baru, Terima kasih segala jasa mu disini.




SEJARAH SKBB

Sebelum ujudnya sekolah di Bandar Baharu, kanak-kanak di kawasan ini bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Mereka berulang alik dari rumah ke sekolah menyeberangi Sungai Kerian dengan menggunakan “sampan sagor.”
Sekolah pertama di Bandar Baharu telah dibina pada tahun 1908. Ianya terletak di tapak Lot 2990 berhampiran dengan masjid Bandar Baharu. Keluasan kawasan sekolah berkenaan adalah 40 x 20 meter, beratap nipah dan berdindingkan pelupuh.
Bilangan pelajar ketikia itu adalah diantara 40 hingga 50 orang. En Hashim bin Meon adalah guru besar ketika itu. Beliau telah dibantu oleh seorang guru penolong iaitu En Mat bin Rejab.
Pada tahun 1919 sebuah bangunan tambahan telah dibina berhadapan dengan bangunan awal sekolah ini. Luasnay ialah 1430 meter persegi. Guru Besarnya adalah En Ayub bin Haji Mat Akib, seorang guru terlatih lulusan Maktab Perguruan Bukit Tiong, Singapura, Cikgu Ayub telah dibantu oleh dua orang guru penolong iaitu En. Mat bin Ayub dan En. Daud.
Jumlah murid telah meningkat kepada 150 orang. Mereka ini berumur diantara sembilan hingga tujuh belas tahun. Waktu persekolah adalah diantara pukul tujuh pagi hingga pukul dua belas tengah hari, lima hari seminggu iaitu dari hari Sabtu hingga Rabu.
Pada tahun 1921, sebuah rumah guru didirikan berhampiran dengan bangunan tambahan ini. Rumah ini masih ada sehingga sekarang. Penghuni pertamanya ialah En. Ayob bin Haji Mat Akib, Guru besar pada masa itu.
Setelah tamat perang dunia kedua, Sekolah Melayu Bandar Baharu terbahagi kepada dua. Murid-murid perempuan belajar dibangunan berasingan. Mereka ditempatakan di bekas Rumah Rehat Bandar Baharu. Namun begitu, murid-murid perempuan darjah 6 masih belajar bersama-sama dengan murid-murid lelaki dibangunan asal. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1964. Guru Besar Sekolah Perempuan ketika itu ialak Cik Kalsom.
Pada tahun 1964, sebidang tanah bendang seluas 2.5 hektar telah dibeli untuk mendirikan sebauah bangunan sekolah. Bangunan ini siap dibina pada bulan Ogos 1964. Semua murid lelaki dipindahkan kebangunan ini manakala bangunan asal diambilalih oleh Sekolah Perempuan. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1971.
Pada tahun 1972, Sekolah Melayu Lelaki telah disatukan dengan sekolah Perempuan Bandar Baharu. Guru Besar bagi sekolah ini ialah Encik Othman bin Razak, manakala Cik Kalsom Guru Besar Sekolah Perempuan telah berpindah ke Alor Setar.
Pada tahun 1980, Sekolah Kebangsaan bandara Baharu telah dinaikkan taraf ke Gred B dan Guru Besarnya ialah Encik Mohd Ghaus bin Hashim sementara Penolong Kanan ialah Encik Yussof bin Shafie.
Pada tahun 1981, sekolah telah mendapat bangunan baru dua tingkat yang siap pembinaannya pada tahun 1982 dan diduduki pada 1 Januari 1983.
Pada tahun 1984, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu telah dipindahkan ke satu bangunan baru kerana bangunan lama tidak selamat untuk digunakan. Pada tahun 1988 Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu, mendapat sebuah lagi bangunan yang didirikan secara gotong-royong. Bangunan gotong-royong ini telah dibuka dengan rasminya pada 23 Januari 1989 oleh Yang Berhormat Dato Sheikh Kadir bin Sheikh Fadzir, ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu.
Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu telah mendapat sebuah lagi bangunan tambahan untuk dijadaikan Pusat Kegiatan Guru (PKG)
Pada tahun 1993, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu, mendapat sebuah lagi bangunan dua tingkat yang siap pembinaannya pada tahun 1994. Bangunan ini telah mula digunakan pada tahun 1995.
Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu telah mendapat tambahan bangunan Makmal Komputer dan ubahsuai kelas menjadi sebuah kelas untuk PRA. Dengan kerjasama PIBG sekolah telah mendapat sebuah bangunan khas untuk Surau. Kesemua bangunan ini dapat diguna sepenuhnya mulai tahun 2003
Pada tahun 2008 sekolah telah mendapat sebuah bangunan tambahan empat tingkat.

Temasya Sukan

Sebahagian peserta perbarisan
Ucapan perasmian oleh Puan guru besar.
Jagoh rumah merah sedang menuju ke podium untuk menerima hadiah
salah seorang pemenang sedang menerima hadiah dari puan guru besar.






PENGUASA TUBUH BADAN

" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .