Tuesday, January 31, 2012

TENAGA NASIONAL dengan kerjasama
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SURUHANJAYA TENAGA

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN ELEKTRIK
TNB 2012
PERINGKAT NEGERI KEDAH
31 JANUARI 2012

DEWAN MU'ADZAM SHAH
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
KULIM KEDAH.

OBJEKTIF KEMPEN.....
Memberi kesedaran mengenai keselamatan elektrik kepada murid-murid sekolah sebagai usaha jangka panjang untuk mengurangkan kecuaian yang mengakibatkan kemalangan berkaitan elektrik.

Mewujudkan kesedaran setiap individu tentang keselamatan elektrik serta pendedahan tentang bahaya-bahaya serta cara-cara bertindak jika berlaku sesuatu kemalangan.............










Sunday, January 29, 2012

ADAB BELAJAR MENURUT IMAM AL-GHAZALI
  • Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda penghormatan (ikut jantina).
  • Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  • Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  • Jangan bertanya melainkan diarah oleh guru.
  • Jangan menyangkal kata-kata guru.
  • Jangan mengumpat pelajar lain.
  • Jangan berbisik di hadapan guru.
  • Jangan berpaling ke kiri atau ke kanan.
  • Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  • Berdiri apabila guru bangun (ketika guru masuk atau keluar).
  • Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang seribu kali.
  • Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  • Jangan duduk tempat guru.
  • Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  • Jangan ketuk pintu berulang kali sehingga guru keluar menemuinya.
  • Sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan jauhkan dari kemurkaan-Nya.
  • Muliakan anak-anak guru.
  • Selalu berhubung dengan guru.
  • Elakkan tidak menziarahi guru lebih dari 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  • Mendoakan guru setiap kali selepas solat lima waktu.
29 Januari 2012..Satu majlis perjumpaan waris  telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Kolej Komuniti Bandar Baharu.Majlis yang dinamakan sebagai Majlis Penyebaran Maklumat telah bermula lebih kurang jam 8.50 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.Majlis bermula dengan ucapan Pengerusi Majlis dan bacaan doa yang di kendalikan oleh Ustaz Muhamad Nadzri selaku pengacara majlis.Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pn Hjh.Junainah Bt Sidek Guru Besar SKBB ) dan diteruskan dengan taklimat oleh En.Mohd Khairuddin Jaafar ( PK Pentadbiran ) berkaitan dengan SMM,SAPS,Buku Teks dan juga SSDM.Manakala taklimat berkaitan KOKO telah disampaikan oleh Pn.Rabiaton Bt Othman ( PKKK) dan Majlis Penyebaran Maklumat tersebut diakhiri dengan amanat daripada En.Khir Hadi B Ahmad (YDP PIBG )
Semoga majlis ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan pengetahuan kepada semua waris yang hadir.










Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN 2012
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KEPADA
SEMUA GURU/STAF DAN MURID SKBB...

PENGUASA TUBUH BADAN

" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .