Pada 21.1.2010 ,jam 8.00 pagi telah dijalankan acara Merentas Desa.Acara yang melalui Jalan Tebuk Mat Rashid,Bandar Baharu sejauh lebih kurang 4 kilometer telah disertai oleh 194 peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2.Sebanyak 6 kategori telah dibahagikan meliputi Tahun 4L,4P,5L,5P,6L dan 6P.Pemenang dipilih berdasarkan tempat pertama hingga sepuluh bagi setiap kategori.Peserta telah dilepaskan oleh Pn.Nor Asiah bt.Abd Galim PCK,Guru Besar SKBB,En.Ahmad Sobri bin Ishak ( PK1) dan En.Khir Hadi bin Ahmad ( YDP PIBG ).Acara ini tamat pada jam 10.15 tanpa berlaku sebarang masalah.Terima kasih diucapkan kepada Pn.Guru Besar,Penolong-penolong Kanan serta semua guru dan staf SKBB kerana telah memberikan kerjasama dan bantuan yang tidak berbelah bagi bagi memastikan acara ini berjalan dengan lancar.Tidak lupa jua diucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pihak Pusat Kesihatan Serdang,IPK Serdang,Balai Polis Bandar Baharu dan PIBG yang turut sama membantu menjayakan acara ini.TERIMA KASIH...
Pages
Guru Dan Staf SKBB
Guru Dan Staf Skbb Slideshow: GURU’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
INFO SKBB
AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :
Sunday, January 24, 2010
Tuesday, November 17, 2009
Majlis Jamuan Akhir Tahun 6
Pada 10 November 2009 seluruh pelajar tahun 6 telah sepakat mengadakan jamuan sebagai tanda terima kasih dan mengakhiri zaman sekolah rendah.
Persediaan yang dilakukan oleh murid tahun 6.
Para guru mengambil hidangan untuk dinikmati
Para pelajar juga tidak lepas peluan mengambil jaudah untuk dinikmati
Pemaufakatan
Pada 10 November 2009 pihak pengurusan telah mengadakan perjumpaan dengan waris (jemputan untuk semua waris) bagi menerangkan program semasa cuti sekolah. Antara penyampai maklumat adalah Puan Guru Besar, Penolong kanan pentadbiran dan Penolong kanan HEM

sebahagian dari waris yang hadir
Pesanan dari puan guru besar
Saturday, November 14, 2009
PETAH BERPIDATO....
14.11.2009...... Kanak-kanak adalah antara golongan sering mencuri perhatian umum terutama mereka yang mampu menonjolkan bakat tersendiri.Petah dan bijak berkata-kata menjadikan seseorang kanak-kanak lebih mudah didekati,malah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Sehubungan itu,satu pertandingan pidato disertai kanak-kanak diadakan di Putrajaya,baru-baru ini bagi mencungkil bakat terpendam mereka yang berkebolehan.Pertandingan berkenaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bukan saja dimeriahkan dengan gaya pemidato malah turut diserikan dengan persembahan kebudayaan yang menghiburkan........Kelihatan peserta dari Sek.Keb.Bandar Baharu ( Mohd Akram Syukri Mohd Zaini,Naib Johan Kategori Bahasa Melayu,2 dari kanan ) bersama hadiah kemenangan.....Tahniah diucapkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGUASA TUBUH BADAN
" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .




























