Monday, April 5, 2010

GAMBAR SEKITAR HARI KANTIN SKBB





5.4.2010........MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH DKBB
Bertempat di SMK Taman Hi-Tech dan SK Taman Hi-Tech telah berlangsung MTQ DKBB pada 3.4.2010 Jam 8.00 pagi .Sebanyak 5 PKG dan sekolah Menengah DKBB telah menyertai MTQ pada tahun ini.Antara acara yang dipertandingkan ialah Nasyid,Kompang Selawat,Bercerita Marhaban Hafazan dan juga Tilawah.Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Penolong PPD Daerah Kulim Bandar Baharu.SKBB telah menghantar seorang peserta Hafazan ( Muhamad Danial Bin Abdul Rani )dan telah berjaya mendapat tempat Naib Johan Hafazan Rendah.

TAHNIAH DIUCAPKAN...




Thursday, April 1, 2010

Peserta dan Guru bergambar bersama Guru Besar..



Wajah-wajah kemenangan

Tahniah..Imad..Johan Bercerita Tahap 1

Menerima hadiah...

Nurul Haziqah....N.Johan Bercerita Tahap 2

Mohd Danial...Johan Pidato DiRaja

Penyampaian Sijil kepada hakim

Dah habis.......

Guru Besar yang hadir..

Hakim Pidato





1.4.2010...... TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERJAYA

Bertempat di Sek.Keb.Bandar Baharu telah diadakan Pertandingan Pidato Piala DiRaja dan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 Peringkat PKG Bandar Baharu.Sebanyak 3 acara berlangsung serentak dilokasi masing-masing...Pidato Piala DiRaja telah diadakan di Makmal j-Qaf....Bercerita Tahap 1 diadakan di Bilik Pra Sekolah..manakala Bercerita tahap 2 diadakan di Dewan SKBB.Seramai 13 orang Hakim telah ditugaskan menghakimi Pertandingan tersebut mengikut acara masing-masing.Majlis Penyampai Hadiah telah disempurnakan oleh Pn.Nor Asiah bt Abd Ghalim PCK ( Guru Besar Sek.Keb.Lubuk Buntar merangkap N.Pengerusi PKG Bandar Baharu) dengan diiringi oleh Pn.Hjh.Junainah bt Sidek ( Guru Besar Sek.Keb.Bandar Baharu ).
Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya......TERUS BERJAYA
1.4.2010..... Bertempat di SK Lubuk Buntar pada 31.3.2010...Sek.Keb.Bandar telah menyertai Acara Pertandingan Ko-Akademik Bahasa Inggeris peringkat PKG Bandar Baharu.Seramai 6 orang peserta telah mengambil bahagian mengikut kategori masing-masing.Mereka terdiri daripada :

Nur Ainun Atiqiah bt Saridan - Johan ( Public Speaking )
Nur Adriana Mohd Kushari - N.Johan ( Spelling Competition )
Mohd Noor Firdaus Sulaiman - Ke-8 ( Spelling Competition )
Mohd Danial Abd Rani - Saguhati
Nurhana Yasmin Azman - Saguhati
Nur Hidayatul Amirah Suhaimi - Saguhati

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MEREKA DAN JUGA JURULATIH YANG TERLIBAT

Friday, February 12, 2010

MARI BELAJAR BAHASA MANDARIN..
Buat pertama kalinya,pada Tahun 2010 Kelas Bahasa Mandarin diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu.Kelas ini mula diperkenalkan dan diajar pada murid Tahun Satu yang berminat.Kelas Bahasa Mandarin diajar oleh Miss Yew Hai Ping dengan bantuan dari AJK yang terdiri dari guru Tahun Satu iaitu Pn.Hjh.Norhapipah dan juga Pn.Suraya.Semoga dengan wujudnya kelas ini,diharapkan anak-anak SKBB yang merupakan pewaris masa hadapan akan dapat menguasai Bahasa Mandarin selain Bahasa Arab yang diperkenalkan melalui Program j-QAF......
















Sunday, January 24, 2010

Pada 21.1.2010 ,jam 8.00 pagi telah dijalankan acara Merentas Desa.Acara yang melalui Jalan Tebuk Mat Rashid,Bandar Baharu sejauh lebih kurang 4 kilometer telah disertai oleh 194 peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2.Sebanyak 6 kategori telah dibahagikan meliputi Tahun 4L,4P,5L,5P,6L dan 6P.Pemenang dipilih berdasarkan tempat pertama hingga sepuluh bagi setiap kategori.Peserta telah dilepaskan oleh Pn.Nor Asiah bt.Abd Galim PCK,Guru Besar SKBB,En.Ahmad Sobri bin Ishak ( PK1) dan En.Khir Hadi bin Ahmad ( YDP PIBG ).Acara ini tamat pada jam 10.15 tanpa berlaku sebarang masalah.Terima kasih diucapkan kepada Pn.Guru Besar,Penolong-penolong Kanan serta semua guru dan staf SKBB kerana telah memberikan kerjasama dan bantuan yang tidak berbelah bagi bagi memastikan acara ini berjalan dengan lancar.Tidak lupa jua diucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pihak Pusat Kesihatan Serdang,IPK Serdang,Balai Polis Bandar Baharu dan PIBG yang turut sama membantu menjayakan acara ini.TERIMA KASIH...

Kuat lagi...

Sokongan kuat dari NYDP PIBG
( En.Jahari Said )

Petugas Check Point 3..
Cikgu Junaidah dan Cikgu Naziah


Bila nak sampai ni.........



Bersedia untuk dilepaskan oleh Pn.Guru Besar





PENGUASA TUBUH BADAN

" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .