" SKBB BOLEH "
Pages
Guru Dan Staf SKBB
Guru Dan Staf Skbb Slideshow: GURU’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
INFO SKBB
AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :
Thursday, April 29, 2010
29.4.2010........Bermula 27.4.2010 hingga 28.4.2010,bertempat di SMK Labu Besar dan SK Labu Besar telah berlangsung Kejohanan Bola Baling DKBB.Bagi pasukan sekolah rendah yang diwakili oleh PKG telah berlangsung di SK Labu Besar dengan penyertaaan dari 5 PKG DKBB.Walaupun gagal mendapat tempat 3 teratas.namun ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta dari SKBB yang terdiri daripada Nur Fatini Jamil,Nur Maizatul Afira dan Mohd Amirul Md Akhir kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan tersebut.......
Monday, April 26, 2010
26.4.2010.......Kejohanan Bola Baling Peringkat PKGBB telah diadakan di SK Relau pada hari Ahad ( 25.4.2010 ) Jam 8.00 pagi.Sebanyak 4 buah sekolah yang terdiri daripada SK Bandar Baharu,SK Lubuk Buntar,SK Relau,Sk Permatang Pasir telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.Pasukan Perempuan,SKBB telah mendapat tempat KETIGA dengan bimbingan Muhamad Nadzri sebagai Jurulatih,manakala Pn.Johariah Abd Wahab sebagai Pengurus.Pasukan Lelaki pula telah mendapat tempat KEDUA dengan bimbingan Mohd Zaidi Haron sebagai Jurulatih dan Mohd Rashid Yusof sebagai Pengurus......
TAHNIAH DIUCAPKAN.........
Thursday, April 22, 2010
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSK
PERINGKAT DKBB TAHUN 2010
PERINGKAT DKBB TAHUN 2010
Bertempat di SJK(C) Kwang Hwa,Bandar Baharu pada 21.4.2010(Rabu) telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar MSSK Peringkat DKBB Tahun 2010. Lima PKG telah mengambil bahagian bagi kategori lelaki dan perempuan.PKG Bandar Baharu(Lelaki)telah memperoleh tempat Ke-2,manakala kategori perempuan mendapat tempat Ke-3.Sek.Keb.Bandar Baharu telah menghantar 4 peserta perempuan yang terdiri daripada Tg.Faridatul Husna Tg Azman Shah, Nur Maizatul Afira Mohd Tahir, Nur Fatini Jamil dan Nadzirah Mohd Arshad. Team ini telah mendapat tunjuk ajar dari Jurulatih En Shamrie Tuan Ali dan En.Muhamad Nadzri Osman sebagai Pengurus.....
TAHNIAH DIUCAPKAN............
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGUASA TUBUH BADAN
" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .
