Thursday, March 1, 2012

Majlis Persaraan

MAJLIS PERSARAAN DAN PERPISAHAN
JASAMU DIKENANG
                                                                                                                                                                 1 Mac 2012.........Majlis Persaraan Pn Hjh.Puziah telah diadakan dengan penuh gilang gemilang bertempat di dewan SKBB. Kehadiran Pn.Hjh.Puziah telah disambut oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan di dataran kantin. Beliau telah disematkan Kain Selendang Persaraan oleh Pn.Hjh.Junainah Bi Sidek,Guru Besar SKBB dan diarak dengan paluan kompang menuju ke Dewan SKBB. Dalam Ucapan Persaraan,Pn.Hjh.Puziah telah memberi nasihat kepada semua murid dan juga guru. Majlis diteruskan dengan Upacara Simbolik iaitu Penanaman Pohon Kenangan dan diakhiri dengan majlis bersalaman dengan murid dan guru. Suasana sedih mengiringi persaraan seorang guru yang amat disayangi oleh murid-murid SKBB dan disanjung tinggi oleh semua guru dan staf SKBB. Pn.Hjh.Puziah telah memulakan tugasnya di SKBB bermula Tahun 2004 hingga 2012. Semua murid dan guru SKBB mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Pn.Hjh.Puziah Bt Othman.






























Monday, February 13, 2012

maulidur rasul

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

12 Februari 2012 ......Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433 H telah berjaya diadakan pada Hari Sabtu (11.2.2012) bertempat di SKBB. Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.15 tengahari.Majlis dimulakan dengan alunan selawat memuji Rasulallah yang diketuai oleh Ustaz Zaidi Haron. Seterusnya dijalankan acara perarakan yang terdiri daripada Kelab / Persatuan dan pertandingan sepanduk yang dihasilkan oleh Kelab /Persatuan yang diadili oleh Pn Hjh.Junainah Sidek (GB),Pn Rabiaton Adawiah Othman (PKKK) dan En.Mohd Khairuddin Jaafar (PK Pentadbiran).Acara pada hari itu diakhiri dengan pertandingan mewarna dan melukis poster dan menulis khat. Pertandingan sepanduk dimenangi oleh Kelab Bahasa Inggeris,Komputer,Matematik,Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid kerana kejayaan menganjurkan majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.Semoga penganjuran kali ini akan meningkatkan lagi rasa cinta dan kasih kepada Rasulallah.


























Tuesday, January 31, 2012

TENAGA NASIONAL dengan kerjasama
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SURUHANJAYA TENAGA

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN ELEKTRIK
TNB 2012
PERINGKAT NEGERI KEDAH
31 JANUARI 2012

DEWAN MU'ADZAM SHAH
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
KULIM KEDAH.

OBJEKTIF KEMPEN.....
Memberi kesedaran mengenai keselamatan elektrik kepada murid-murid sekolah sebagai usaha jangka panjang untuk mengurangkan kecuaian yang mengakibatkan kemalangan berkaitan elektrik.

Mewujudkan kesedaran setiap individu tentang keselamatan elektrik serta pendedahan tentang bahaya-bahaya serta cara-cara bertindak jika berlaku sesuatu kemalangan.............










Sunday, January 29, 2012

ADAB BELAJAR MENURUT IMAM AL-GHAZALI
  • Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda penghormatan (ikut jantina).
  • Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  • Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  • Jangan bertanya melainkan diarah oleh guru.
  • Jangan menyangkal kata-kata guru.
  • Jangan mengumpat pelajar lain.
  • Jangan berbisik di hadapan guru.
  • Jangan berpaling ke kiri atau ke kanan.
  • Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  • Berdiri apabila guru bangun (ketika guru masuk atau keluar).
  • Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang seribu kali.
  • Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  • Jangan duduk tempat guru.
  • Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  • Jangan ketuk pintu berulang kali sehingga guru keluar menemuinya.
  • Sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan jauhkan dari kemurkaan-Nya.
  • Muliakan anak-anak guru.
  • Selalu berhubung dengan guru.
  • Elakkan tidak menziarahi guru lebih dari 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  • Mendoakan guru setiap kali selepas solat lima waktu.

PENGUASA TUBUH BADAN

" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .