Pages
Guru Dan Staf SKBB
Guru Dan Staf Skbb Slideshow: GURU’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
INFO SKBB
AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :
Monday, August 16, 2010
Sunday, August 15, 2010
Monday, August 9, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Wednesday, July 7, 2010
Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Tuesday, June 29, 2010
STAF SKBB
Gred : DGA 34
Opsyen : Bahasa Inggeris
Tarikh Lantikan : 1.5.1981

Nama : Mohd Khairuddin bin Jaafar
Jawatan Khas : Penolong Kanan Pentadbiran
Gred : DGA 32
Opsyen : Matematik
Tarikh Lantikan : 3.3.1987

Nama : Pn.Johariah bt Abd Wahab
Jawatan Khas : Penolong Kanan HEM
Gred : DGA 32
Opsyen : Bahasa Inggeris
Tarikh Lantikan : 1.2.1976

Nama : Pn.Rabiaton Adawiah bt Othman
Jawatan Khas : Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Opsyen : Agama Islam
Gred : DGA 32
Tarikh Lantikan : 1.1.1994

Nama : Hjh.Balkhis Abd Hamid
Jawatan Khas : Guru Pemulihan Khas
Opsyen : Pemulihan Khas
Gred : DGA 32
Tarikh Lantikan : 1.5.1982

Nama : Suraya bt Majid
Jawatan Khas : Guru SPBT
Gred : DGA 32
Opsyen : Pengajian Melayu
Tarikh Lantikan : 1.3.1986

Nama : Hjh.Nor Hapipah bt Yusof
Jawatan Khas : Guru Penyelaras RMT
Gred : DGA 32
Opsyen : Pengajian Melayu
Tarikh Lantikan : 1.3.1986

Nama : Faridah bt Zakaria
Jawatan Khas : Guru Tahun 6
Gred : DGA 32
Opsyen : Bahasa Inggeris
Tarikh Lantikan : 1.3.1986

Nama : Rahmah bt Ibrahim
Jawatan Khas : Ketua Panitia Pendidikan Islam
Gred : DGA 32
Opsyen : Pendidikan Islam
Tarikh Lantikan : 1.3.1986

Nama : Nor Akma bt Jamil
Jawatan Khas : Guru Kaunseling
Gred : DGA 32
Opsyen : Muzik
Tarikh Lantikan 1.1.1995

Nama : Nor Salmi bt Ismail
Jawatan Khas :Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
Opsyen : Pengajian Melayu
Gred : DGA 32
Tarikh Lantikan : 1.1.1992

Nama : Hanita bt Hakim
Jawatan Khas : Guru Data
Gred : DGA 32
Opsyen : Matematik
Tarikh Lantikan : 17.1.2000

Nama : Junaidah bt Zakaria
Jawatan Khas : Setiausaha Peperiksaan ( Dalaman )
Gred : DGA 32
Opsyen : Sains
Tarikh Lantikan : 1.8.1997

Nama : Norazi bt Mat Jusoh
Jawatan Khas : Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
Gred : DGA 32
Opsyen : Pendidikan Islam
Tarikh Lantikan : 17.1.2000

Nama : Umi Kalsyom bt Mohamad
Jawatan Khas : Ketua Guru j-QAF
Gred : DG 41
Opsyen : Pendidikan Islam/j-QAF
Tarikh Lantikan : 1.8.2006

Nama : Zahrah bt Ibrahim
Jawatan Khas : Ketua Panitia Bahasa Arab
Gred : DG 41
Opsyen : Bahasa Arab/j-QAF
Tarikh Lantikan : 1.8.2006

Nama : Hjh.Nor Asyikien Mat Zain
Jawatan Khas : Ketua Panitia Bahasa Melayu
Gred : DGA 32
Opsyen : Pengajian Melayu
Tarikh Lantikan 1.3.1993

Nama : Rosniza bt Pooy
Jawatan Khas : Guru Pusat Sumber
Gred : DGA 32
Opsyen : Muzik
Tarikh Lantikan : 1.3.1998

Nama : Tg.Asiah bt Tg.Lonek
Jawatan Khas : Guru Pendidikan Islam
Gred : DGA 32
Opsyen : Pendidikan Islam
Tarikh Lantikan :

Nama : Zarina bt Othman
Jawatan Khas : Setiausaha Peperiksaan ( Awam )
Gred : DGA 32
Opsyen : Bahasa Inggeris
Tarikh Lantikan : 1.1.1991

Nama : Che Wangi bt Arzmi
Jawatan Khas : Guru Muzik/Ketua Panitia Muzik
Gred : DGA 29
Opsyen : Muzik
Tarikh Lantikan : 3.1.2005

Nama : Normaniza bt Othman
Jawatan Khas : Guru Penyelaras Pendidikan Khas
Gred : DG 41
Opsyen : Pendidikan Khas
Tarikh Lantikan : 4.1.2009

Nama : Nor Syuhada Mohd Zaini
Jawatan Khas : Guru Kelas 5A1
Gred : DGA 32
Opsyen : Matematik/Pengajian Melayu
Tarikh Lantikan : 1.7.2001

Nama : Yew Hai Ping
Jawatan Khas : Guru Bahasa Cina
Gred : DG 41
Opsyen : Bahasa Cina
Tarikh Lantikan : 4.1.2010

Nama : Naziah bt Sha’aban
Jawatan Khas :Setiausaha Kurikulum
Gred : DGA 32
Opsyen : Matematik/Kemahiran Hidup
Tarikh Lantikan : 10.7.2000

Nama : Noor Azian bt Ishak
Jawatan Khas : Guru Kemahiran Hidup
Gred : DGA 32
Opsyen : Sains/Kemahiran Hidup
Tarikh Lantikan : 1.7.2001

Nama : Nor Asyiah bt Nordin
Jawatan Khas : Setiausaha Panitia Bahasa Arab
Gred : DG 41
Opsyen : Bahasa Arab/j-QAF
Tarikh Lantikan : 1.8.2008

Nama : Nor Azmawati bt Senudin
Jawatan Khas :Setiausaha Panitia Matematik
Gred : DG 41
Opsyen : Matematik/Bahasa Inggeris
Tarikh Lantikan : 2.1.2009
Nama : Rohana bt Abd Rahim
Jawatan Khas :Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
Gred : DGA 32
Opsyen : Bahasa Inggeris
Tarikh Lantikan : 1.3.1989

Nama : Zarina bt Bakar
Jawatan Khas :Setiausaha Panitia Pemulihan Khas
Gred : DG 41
Opsyen : Pengajian Melayu
Tarikh Lantikan : 2.1.2008

Nama : Kizzon bin Ahmad
Jawatan Khas : Ketua Panitia Kajian Tempatan
Gred : DGA 32
Opsyen : Pengajian Melayu
Tarikh Lantikan : 1.1.1997

Nama : Mohd Fahmi Abd Rahman
Jawatan Khas : Ketua Panitia Kemahiran Hidup
Gred : DGA 32
Opsyen : Matematik/Kemahiran Hidup
Tarikh Lantikan : 1.7.2001

Nama : Mohd Rashid Yusof
Jawatan Khas : Guru Penyelaras Bestari/ Setiausaha Koko
Gred : DGA 32
Opsyen : Matematik/Pengajian Melayu
Tarikh Lantikan : 1.7.2001

Nama : Mohd Zaidi Haron
Jawatan Khas : Guru j-QAF/ Ketua Panitia PJK
Gred : DG 41
Opsyen : Bahasa Arab
Tarikh Lantikan :

Nama : Muhamad Nadzri Osman
Jawatan Khas : Setiausaha Sukan/Guru Pendidikan Islam
Gred : DGA 32
Opsyen : Pendidikan Islam
Tarikh Lantikan : 11.12.1995

Nama :Zakariya b.Mohammed Desa
Jawatan Khas : Setiausaha PIBG
Gred : DGA 32
Opsyen : Pengajian Melayu
Tarikh Lantikan : 1.7.2001

Nama : Kalimathi a/p Rajagopal
Jawatan Khas : Guru Pendidikan Khas
Gred : DG 44
Opsyen : Pendidikan Khas
Tarikh Lantikan :
Nama : Nor Anis Bt Razali
Jawatan Khas : Guru Pendidikan Khas
Gred : DG 41
Opsyen : Pendidikan Khas
Tarikh Lantikan : 16.1.2012
Nama : Muhd Yusof Mohd Rozi
Jawatan Khas : Guru Pendidikan Khas
Gred : DG 41
Opsyen : Pendidikan Khas
Tarikh Lantikan : 16.1.2012
Nama : Safinaz Bt Omar
Jawatan Khas : Guru j-QAF ( Latihan )
Gred :
Opsyen : Bahasa arab
Tarikh Lantikan :
Nama : Shajarotul Aznida bt Shafie
Jawatan Khas : Guru Pra Sekolah
Gred : DG 41
Opsyen : Pra Sekolah
Tarikh Lantikan : 10.1.2009
Nama :Zahratul Husni Bt Hussain
Jawatan Khas : Guru Pra Sekolah
Gred : DG 41
Opsyen : Pra Sekolah
Tarikh Lantikan :9.1.2009

Nama : Faridah bt Abd Hamid
Jawatan Khas :Pembantu Tadbir
Gred : N17
Tarikh Lantikan : 1.3.2000

Nama : Mohd Rohizam b Yusof
Jawatan : Juruteknik Komputer
Gred : FT 17
Tarikh Lantikan : 22.4.2008
Nama :Lela Suria bt Mat Desa
Jawatan Khas : Pembantu Pengurusan Murid ( Pendidikan Khas )
Gred : N17
Tarikh Lantikan :
Nama : Nurul Hany bt Abd Halim
Jawatan Khas : Pembantu Pengurusan Murid ( Pra Sekolah )
Gred : N17
Tarikh Lantikan : 27.2.2007
Nama : Hanizah bt Hamzah
Jawatan Khas : Pembantu Pengurusan Murid ( Pra Sekolah )
Gred : N 17
Tarikh Lantikan : 1.10.2006
Nama : Ashaniza Bt Mohamad
Jawatan Khas : Pembantu Pengurusan Murid ( Pendidikan Khas )
Gred : N 17
Tarikh Lantikan :
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGUASA TUBUH BADAN
" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .


