Sebelum ujudnya sekolah di Bandar Baharu, kanak-kanak di kawasan ini bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Mereka berulang alik dari rumah ke sekolah menyeberangi Sungai Kerian dengan menggunakan “sampan sagor.”
Sekolah pertama di Bandar Baharu telah dibina pada tahun 1908. Ianya terletak di tapak Lot 2990 berhampiran dengan masjid Bandar Baharu. Keluasan kawasan sekolah berkenaan adalah 40 x 20 meter, beratap nipah dan berdindingkan pelupuh.
Bilangan pelajar ketikia itu adalah diantara 40 hingga 50 orang. En Hashim bin Meon adalah guru besar ketika itu. Beliau telah dibantu oleh seorang guru penolong iaitu En Mat bin Rejab.
Pada tahun 1919 sebuah bangunan tambahan telah dibina berhadapan dengan bangunan awal sekolah ini. Luasnay ialah 1430 meter persegi. Guru Besarnya adalah En Ayub bin Haji Mat Akib, seorang guru terlatih lulusan Maktab Perguruan Bukit Tiong, Singapura, Cikgu Ayub telah dibantu oleh dua orang guru penolong iaitu En. Mat bin Ayub dan En. Daud.
Jumlah murid telah meningkat kepada 150 orang. Mereka ini berumur diantara sembilan hingga tujuh belas tahun. Waktu persekolah adalah diantara pukul tujuh pagi hingga pukul dua belas tengah hari, lima hari seminggu iaitu dari hari Sabtu hingga Rabu.
Pada tahun 1921, sebuah rumah guru didirikan berhampiran dengan bangunan tambahan ini. Rumah ini masih ada sehingga sekarang. Penghuni pertamanya ialah En. Ayob bin Haji Mat Akib, Guru besar pada masa itu.
Setelah tamat perang dunia kedua, Sekolah Melayu Bandar Baharu terbahagi kepada dua. Murid-murid perempuan belajar dibangunan berasingan. Mereka ditempatakan di bekas Rumah Rehat Bandar Baharu. Namun begitu, murid-murid perempuan darjah 6 masih belajar bersama-sama dengan murid-murid lelaki dibangunan asal. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1964. Guru Besar Sekolah Perempuan ketika itu ialak Cik Kalsom.
Pada tahun 1964, sebidang tanah bendang seluas 2.5 hektar telah dibeli untuk mendirikan sebauah bangunan sekolah. Bangunan ini siap dibina pada bulan Ogos 1964. Semua murid lelaki dipindahkan kebangunan ini manakala bangunan asal diambilalih oleh Sekolah Perempuan. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1971.
Pada tahun 1972, Sekolah Melayu Lelaki telah disatukan dengan sekolah Perempuan Bandar Baharu. Guru Besar bagi sekolah ini ialah Encik Othman bin Razak, manakala Cik Kalsom Guru Besar Sekolah Perempuan telah berpindah ke Alor Setar.
Pada tahun 1980, Sekolah Kebangsaan bandara Baharu telah dinaikkan taraf ke Gred B dan Guru Besarnya ialah Encik Mohd Ghaus bin Hashim sementara Penolong Kanan ialah Encik Yussof bin Shafie.
Pada tahun 1981, sekolah telah mendapat bangunan baru dua tingkat yang siap pembinaannya pada tahun 1982 dan diduduki pada 1 Januari 1983.
Pada tahun 1984, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu telah dipindahkan ke satu bangunan baru kerana bangunan lama tidak selamat untuk digunakan. Pada tahun 1988 Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu, mendapat sebuah lagi bangunan yang didirikan secara gotong-royong. Bangunan gotong-royong ini telah dibuka dengan rasminya pada 23 Januari 1989 oleh Yang Berhormat Dato Sheikh Kadir bin Sheikh Fadzir, ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu.
Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu telah mendapat sebuah lagi bangunan tambahan untuk dijadaikan Pusat Kegiatan Guru (PKG)
Pada tahun 1993, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu, mendapat sebuah lagi bangunan dua tingkat yang siap pembinaannya pada tahun 1994. Bangunan ini telah mula digunakan pada tahun 1995.
Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu telah mendapat tambahan bangunan Makmal Komputer dan ubahsuai kelas menjadi sebuah kelas untuk PRA. Dengan kerjasama PIBG sekolah telah mendapat sebuah bangunan khas untuk Surau. Kesemua bangunan ini dapat diguna sepenuhnya mulai tahun 2003
Pada tahun 2008 sekolah telah mendapat sebuah bangunan tambahan empat tingkat.
Pages
Guru Dan Staf SKBB
INFO SKBB
AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGUASA TUBUH BADAN
" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .
No comments:
Post a Comment