Sekali lagi seorang guru sekolah ini akan bersara. Kalau tak silap sudah kali kelima aku mengharungi majlis persaraan sahabat bergelar guru sepanjang aku berkhidmat di SKBB. Hari ini sekali lagi ianya berlaku iaitu persaraan Tuan Haji Tajuddin bin Awang Ahmad atau singkatannya TAA. Rasanya baru saja berkawan mesra sudah mahu mengundurkan diri.
Senyuman kenangan dari Sir TAA. Selamat Bersara dan SKBB dilupa jangan. Semoga perjalanan hidup diberkati dan sihat walafiat Amin dari warga SKBB.

Murid-murid berbaris untuk bersalaman dengan guru yang disanyangi dan akan dirindui
Sedang menerima cenderahati dari YDP bagi PIBG
Anak didik tidak lupa juga ingin menyampai tanda ingatan kepada "SIR".
No comments:
Post a Comment