30.10.2010.......AL-QURAN KALAM ALLAH..Bertempat di dewan terbuka Sek.Keb.Bandar Baharu,telah berlangsung Majlis Graduasi Khatam Al-Quran pada 28.10.2010 ( Khamis ).Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.Seramai 128 orang murid SKBB yang terdiri dari murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang telah berjaya Khatam Al-Quran melalui Program j-QAF yang bermula Tahun 2005 di SKBB terlibat dalam majlis ini.Majlis diserikan dengan kehadiran waris dan tetamu jemputan iaitu Penyelia Pendidikan Islam,Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu,Ustaz Mohamad Razif .Peserta Khatam Al-Quran telah diiringi dengan paluan kompang menuju ke pentas utama.Majlis Graduasi Khatam Al-Quran berakhir dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat.AL-QURAN MENJANA GENERASI KHAIRUL UMMAH......





























No comments:
Post a Comment