LATIHAN KEBAKARAN SKBB
9 Februari 2012 .........Satu latihan kebakaran telah dijalankan pada pagi ini jam 9.15 pagi. Latihan bermula dengan bunyi deringan loceng yang panjang.Semua murid bergerak keluar dari kelas masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan dalam plan kebakaran .Murid berkumpul di padang sekolah dan kehadiran murid dicatat oleh guru kelas.Latihan pada pagi ini turut mendapat bantuan dari Pasukan Bomba Dan Penyelamat,Serdang yang diketuai oleh En.Abdullah. Beliau telah memberi penerangan dan taklimat ringkas kepada semua murid mengenai langkah-langkah dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Bomba Dan Penyelamat,Serdang atas bantuan yang telah diberikan.Semoga latihan ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan pendedahan kepada semua murid dan guru bagaimana menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.
Gambar Sepanjang Latihan Kebakaran....
No comments:
Post a Comment