Wednesday, April 18, 2012

PERHIMPUNAN PAGI











ENGLISH DAY

TIME    : 8 AM TO 1.15 PM
DATE   : 18 APRIL 2012
VALUE  : DEWAN SKBB

OBJECTIVIES  :
1. To promote the use of English among students.
2. To encourage participation of students in school level competitions.
3. To identify new talents for school representatives.

" WHERE THERE IS A WILL , THESE IS A WAY "

















Monday, April 9, 2012

Latihan Kebakaran skbb

LATIHAN KEBAKARAN SKBB

9 Februari 2012 .........Satu latihan kebakaran telah dijalankan pada pagi ini jam 9.15 pagi. Latihan bermula dengan bunyi deringan loceng yang panjang.Semua murid bergerak keluar dari kelas masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan dalam plan kebakaran .Murid berkumpul di padang sekolah dan kehadiran murid dicatat oleh guru kelas.Latihan pada pagi ini turut mendapat bantuan dari Pasukan Bomba Dan Penyelamat,Serdang yang diketuai oleh En.Abdullah. Beliau telah memberi penerangan dan taklimat ringkas kepada semua murid mengenai langkah-langkah dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Bomba Dan Penyelamat,Serdang atas bantuan yang telah diberikan.Semoga latihan ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan pendedahan kepada semua murid dan guru bagaimana menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.

Gambar Sepanjang Latihan Kebakaran....












Wednesday, April 4, 2012

UJIAN SEGAK

4 April 2012.....Ujian Segak yang dikelolakan oleh Cikgu Abd Rashid telah berlangsung selama 3 hari bermula Hari Selasa,Rabu dan Khamis ( 3 hingga 5 April 2012 ).Belian telah dibantu oleh guru-guru yang berpengalaman dengan Ujian Segak iaitu Cikgu Fahmi,Cikgu Nor Akma,Ustaz Zaidi,Cikgu Zakaria dan juga Cikgu Naziah . Pada hari Selasa Ujian ini telah dijalankan pada murid Tahun 6,Murid Tahun 5 pada hari Rabu dan murid Tahun 4 akan dinilai pada hari Khamis. 










PENGUASA TUBUH BADAN

" Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh,dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh tubuhnya.Ketahuilah itulah dia HATI " .